19 February 2015

DITIPU PENGURUS BARU - TEGAR KINI KEMBALI MENGEMIS



'Cita-citaku menjadi orang kaya... Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah... Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa... Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua'.

Pasti ramai yang masih ingat dengan lirik lagu tersebut yang dinyanyikan oleh penyanyi remaja Indonesia Tegar. Malah selepas berjaya mencipta nama, Tegar sering bertandang ke Malaysia membuat persembahan atas jemputan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, semuanya kini sudah berubah apabila Tegar dilaporkan telah ditipu oleh bekas pengurusnya dan kini kembali hidup susah. Paling sedih, ibunya juga didakwa sudah kembali menjadi pengemis jalanan untuk mencari sesuap nasi.

Klik gambar untuk size besar




Untuk info, Tegar sebelum ini pernah ditipu pengurus lamanya, dan bagai jatuh ditimpa tangga... dia sekali lagi tertipu dengan janji manis pengurus baru dikenali sebagai 'A'.

"Saya simpati dengan Tegar... Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’.

"Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran ‘show’ di Malaysia kerana tiada passport.

"Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang. Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar,” demikian menurut sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar.

"‘A’ seorang warga Singapura merupakan bekas pengurus kedua Tegar dan kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.



"Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu. Banyak duit Tegar habis disebabkan dia.

"Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’.

"Tegar juga pernah beritahu kepada ibunya dia tiada wang kerana ‘A’ membelanjakan wangnya sesuka hati,” tambah sumber tersebut.

"Kali terakhir Tegar kelihatan bersama ‘A’ ialah pada dua minggu lalu ketika dia menghantar penyanyi tersebut pulang ke Indonesia.

"Dia hantar balik selepas sebulan ‘simpan’ Tegar di Malaysia tanpa kebenaran ibu dan syarikat rakaman di Jakarta.

"Sepanjang tempoh itu Tegar tidak dibenarkan menghubungi ibunya di kampung dan ‘A’ telah merampas telefon bimbit Tegar.

"Di Malaysia ‘A’ gunakan Tegar untuk kepentingan diri dia sendiri dan mencari populariti. Dia pernah bawa Tegar menumpang rumah beberapa peserta program realiti lawak popular Malaysia sambil menjaja cerita-cerita bohongnya.

"Kepada ‘A’, sudah-sudahlah menipu dan menganiaya orang lain... Pulangkan sahaja passport dan barangan peribadi berharga Tegar yang dilarikan sebelum tindakan diambil,” ujar sumber itu dipetik sebagai berkata.


Sumber: Astro Gempak



         ________________________




No comments: