17 February 2015

ASET LEBIH RM50 JUTA - SITI NURHALIZA WANITA KETIGA TERKAYA DI MALAYSIA



Jika ini hakikatnya, pasti ramai yang bersetuju dengan kebenaran laporan terkini yang menyatakan bahawa penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.

Siti dilaporkan memiliki jumlah pendapatan melebihi RM4.9 juta hasil jualan album dan meraih lebih RM50 juta daripada hasil keuntungan perniagaannya.

Klik gambar untuk size besar




Pemilik jenama produk kecantikan SimplySiti ini mendirikan rumahtanga dengan usahawan terkenal Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Berita tersebut telah dipetik melalui sesawang, SaveMoney.my baru-baru ini yang meletakkan beberapa tokoh terkemuka Malaysia sebagai wanita terkaya di negara ini.

Lima wanita terkaya di Malaysia


Antaranya ialah isteri mendiang usahawan Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua yang mempunyai aset kekayaan paling tinggi (RM21.32 billion) disusuli aktres antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh ($245 juta).

Tempat keempat pula ialah Pauline Chai iaitu pemilik rangkaian Laura Ashley dan juga bekas Miss Malaysia 1969 yang berpendapatan RM244,568 sebulan. Manakala tempat kelima wanita terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David, pemain squash yang memiliki RM1.4 juta.

Antara aset yang dimiliki oleh Siti Nurhaliza












         ________________________




No comments: