17 February 2015

TUNGGU DUIT MLM2014 UNTUK KAHWIN, BUKANNYA LUPA DIRI - SYAIFUL ZERO



Bukan lupa diri... tetapi wang kemenangan belum dapat!

Demikian alasan Syaiful dari kumpulan Zero (Melati) yang didakwa dalam laman sosial lupa diri akibat menangguhkan perkahwinannya. Jika awalnya Syaiful memberi asalan mahu tumpu perhatian pada kerjaya, terkini dia mendakwa sedang menunggu duit kemenangan MLM2014.

"Saya tangguh kerana menunggu duit kemenangan berjumlah RM500,000 tempoh hari benar-benar sudah berada di dalam tangan kami. Itu sahaja. Insya-Allah selepas dapat duit, saya dan tunang akan berkahwin. Kami tidak ada sebarang masalah dan pihak keluarga juga memahami situasi saya.





"Saya tidak pernah lupa diri. Sebenarnya saya tangguhkan perkahwinan sebab menunggu duit dan masa yang sesuai kerana saya ingin berehat selepas memberi komitmen besar dalam program tersebut. Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan tunang.

"Kami telah berkawan selama lima tahun dan bertunang pada tahun lepas. Tidak mungkin saya akan meninggalkan tunang yang sentiasa ada bersama saya di waktu saya susah. Dalam hati saya hanya ada dia sahaja dan kami akan berkahwin dalam tahun ini juga," ujar Syaiful bersungguh.

Jika betul apa yang dikata, baguslah. Moga penjelasan Syaiful ini dapat menenangkan hati peminat yang sememangnya tidak mahu 'drama' seorang artis realiti putus tunang berulang kembali. Heh!





         ________________________




No comments: