18 February 2015

TAHNIAH - ELLY MAZLIEN DAN LIZA HANIM HAMIL



Alhamdulillah dan tahniah diucapkan buat dua artis berbakat besar iaitu Elly Mazlien dan Liza Hanim yang kini dilaporkan hamil.

Elly Mazlein disahkan hamil anak sulung (satu bulan satu minggu), manakala Liza Hanim pula hamil anak keempat dan kini usia kandungannya sudah masuk 11 minggu.

"Assalamualaikum sayang, alhamdulillah akak 'pregnant'. 'Gestational age' satu bulan dua minggu. Doakan akak ya.

Klik gambar untuk size besar




"Jantina anak memang belum boleh tahu lagi. Tapi akak tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Asal sahaja anak dalam kandungan sihat dan selamat," ujar Elly yang mendirikan rumah tangga dengan Azmi Hatta pada 9 November 2014.

Sementara Liza Hanim pula memberitahu, jika tiada aral melintang, bayi yang merupakan cahaya mata keempatnya bersama bekas ahli kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau Shah itu bakal lahir pada bulan September.

"Alhamdulillah... Insya Allah come September, our family will be welcoming its newest member... I am currently 11 weeks pregnant... Doakan kesihatan saya dan baby ye," tulis Liza.

Foto terkini Elly Mazlien dan suaminya Azmi Hatta


Foto terkini Liza Hanim, suami & anak-anak


'Utrasound baby scans' kandungan Liza hanim




         ________________________




No comments: