04 February 2015

GAMBAR UZUR HANYA FITNAH - JINS SHAMSUDDIN MASIH BAIK, CERIA



Penyebaran gambar Tan Sri Jins Shamsuddin baru-baru ini hingga menjadi bualan hangat amat mendukacitakan keiuarga seniman itu. Lebih membuat mereka kesal ialah tuduhan bahawa seniman itu kurus kerana uzur dan seolah tidak dijaga dengan baik.

"Biasalah pada usianya sekarang selera makannya mungkin tidak seperti dahulu sehingga menyebabkan berat badannya menyusut tetapi apa yang kami lihat dia sihat dan ceria sepanjang kami berada di rumahnya.

Klik gambar untuk size besar




"Adalah menjadi tanggungjawab Seniman juga apabila tersebar cerita sebegini kami perlu melihat sendiri untuk memastikan sama ada cerita yang tersebar adalah benar atau pun tidak," jelas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawat bekas Senator itu di kediamannya pada pagi kelmarin.

"Saya terkejut dengan dakwaan mengenai suami saya. Dia berada dalam keadaan baik biarpun disahkan menghidap Alzheimer sejak 2011.

"Saya kesal dengan penyebaran gambar oleh pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah suami saya itu uzur dan tidak dijaga dengan baik," demikian kata isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah dipetik sebagai berkata kepada Zed Zaidi.

Gambar 'uzur' yang tersebar baru-baru ini



Sumber: Mstar Online



         ________________________




No comments: