13 February 2015

HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN - RESTORAN KACANG POOL BUAT WAN MAIMUNAH



Hidangan kacang pool sememangnya amat popular di Johor iaitu di gerai Haji bersebelahan Balai Bomba Larkin dan juga tiga cawangan lain. Disebabkan populariti tersebut, maka permintaan makin banyak hingga tidak tertampung di gerai yang kecil itu.

Selanjutnya, satu pembukaan Restoran Haji Pool yang baharu di Larkin Idaman dijangka dapat memenuhi permintaan ramai. Yang paling menarik, ia adalah hadiah ulang tahun pertama perkahwinan pelakon terkenal, Wan Maimunah, 61, daripada suaminya, Makpol Saimon, 54.

Klik gambar untuk size besar




"Alhamdulillah, ibu sangat bersyukur kerana dengan izin Allah impian suami untuk membuka sebuah restoran yang menjadi impiannya sejak sekian lama, dan paling bermakna ia genap setahun kami bernikah," ujar Wan Maimunah dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

Untuk info, kira-kira RM100,000 telah diperuntukkan bagi membuka restoran tersebut. Menurut Makpol, dia merancang membuka Francais dimasa akan datang kerana permintaan yang terlalu tinggi.

"Inilah orangnya (Makpol) yang meminta ibu untuk tidak berhenti berlakon, ibu masih lagi menerima tawaran namun dengan status ibu sekarang perlu lebih selektif bukan sahaja dari aspek watak namun lokasi pengambaran juga perlu di ambil kira.

"Ibu juga tidak boleh berjauhan dengan suami dalam tempoh lama, malah suami juga meminta ibu menguruskan restoran ini kerana ia adalah salah satu cara mempromosikan perniagaan bagi menarik lebih ramai pelanggan," jelas Wan Maimunah yang masih aktif dalam dunia lakonan.





         ________________________




No comments: