Ezad Lazim terlepas daripada hukuman penjara sembilan bulan (sekiranya gagal membayar denda) apabila dia membayar denda sejumlah RM3,500 selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November 2014.
Selain denda, dia juga diarah berada di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
Majistret Nurul Izzah Hassan Basri telah menjatuhkan hukuman tersebut di Mahkamah Majistret Selayang semalam mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka," ujar Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim.
Tambah penyanyi itu, dia menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka dan berharap akan menjadi pengajaran kepadanya.
Untuk rekod, Ezad sebelum itu telah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall pada 19 November 2014. Hasil pemeriksaan air kencing mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Sumber: Mstar
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment