16 February 2015

LEPAS FIZZ FAIRUZ, PEKIN IBRAHIM PULA JADI 'WANITA' DALAM 'COVERINA'



Masihkan anda ingat dengan dengan watak wanita dalam filem Mat Tudung yang dilakonkan oleh Fizz Fairuz? Selain menerima kritikan, ada juga pihak yang memuji lakonan Fizz Fairuz kerana berjaya membawa watak tersebut dengan baik.

Terkini, watak yang serupa digalas pula Pekin Ibrahim yang turut membawa watak wanita dalam filem 'Coverina'. Cuma bezanya, Pekin menjadi wanita tidak bertudung, seksi, bersopan santun dan pemalu.

"Dalam filem ini, saya bukan jadi mak nyah atau pondan, tetapi perlu berpakaian wanita dan menjadi seorang gadis. Semuanya bermula selepas watak Kamal Ali pergi meminta kerja di sebuah kedai motosikal yang dimiliki bos wanita lakonan Siti Elizad.

Klik gambar untuk size besar




"Kerana salah nama dari Kamal Ali tertukar jadi Kamelia, maka bermulalah perjalanan Kamal menjadi wanita. Nak tahu lanjut kenalah tengok filem ini nanti. Pada masa sama, Kamal memang meminati bosnya itu.

"Maka, terjebaklah Kamal untuk menyelami jiwa wanita dengan menyamar sebagai golongan hawa. Kalau nak tengok Pekin menyamar jadi wanita bawa superbike, kenalah tengok cerita bergenre komedi ini bertajuk Coverina," ujar Pekin dipetik sebagai berkata.



Untuk info, filem Coverina adalah arahan Khalid Nazri, iaitu adik kepada pengarah dan pelakon, Ahmad Idham.

"Cerita ini memang lawak dan banyak unsur jenaka. Saya sendiri tak sabar nak melihat hasilnya," tambahnya.

















         ________________________




No comments: