14 February 2015

NIKAH APRIL - SARIMAH IBRAHIM SAH BERCERAI TALAK TIGA



Sarimah Ibrahim akhirnya sah bercerai talak tiga dengan suaminya warga Australia iaitu Amir Andrew John Browning. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan kelmarin telah mengesahkan yang lafaz cerai yang dibuat Amir itu sah mengikut syarak.

Menurut Sarimah, bekas suaminya itu membuat lafaz cerai dengan menyebut 'I Divorce You' sebanyak tiga kali di kondominiumnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2009 sekitar jam 9 malam.

Tambahnya, lafaz itu turut disaksikan oleh tiga adik-beradiknya.





"Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009.

"Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh. Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan," ujar Sarimah dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Sarimah akan menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihannya iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April ini di Hotel Prince.

Terdahulu, mereka telah bertunang selama enam bulan iaitu sejak September 2014.






















         ________________________




No comments: