14 March 2015

17 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN HANEZ SURAYA & ROMIE



Dengan hanya sekali lafaz, Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, kini sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Jais, 35, sekitar pukul 11.25 pagi di Masjid Putra, Putrajaya.

Mereka dinikahkan oleh bapa Hanez sendiri, Abdul Aziz Mohd Said di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat.

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang barang hantaran iaitu tepak sirih, Al Quran, mas kahwin dan wang hantaran, rantai, wangian dan alat solek, beg tangan dan sepasang kasut.

Klik gambar untuk size besar




Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang iaitu sirih junjung, Al Quran dan sejadah, kek, buah-buahan, wangian, tali pinggang, baju dan seluar, beg dan sepasang kasut.

Manakala mas kahwin pula, Hanez telah menerima wang berjumlah RM20,000 dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Di dalam majlis tersebut, seramai 200 tetamu hadir yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.



Majlis resepsi mereka akan diadakan di Sime Darby Convention Centre (SDCC) pada 22 Mac depan.

Untuk makluman, ini merupakan perkahwinan kedua buat Romie setelah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Nur Liyana Abdul Manan, 30, pada 9 Desember 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak.

Untuk rekod, Hanez dan Romie telah mengikat tali pertunangan mereka pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban.

Tahniah diucapkan dan semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

































         ________________________




No comments: