11 March 2015

BEBAS DADAH - BERAT ZAMANI NAIK 9 KILO



Dulu kurus, kini makin berisi!

Begitulah perkembangan terbaru Zamani Slam yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan di ibu negara. Berat badannya dikatakan telah bertambah seberat 9 kilogram.

"Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.

Klik gambar untuk size besar




"Namun ia masih di peringkat awal pemulihan, kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru," ujar peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar ketika ditemui media sebaik sebutan kes dadah penyanyi tersebut tamat di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor kelmarin.

"Tugas dan tanggungjawab saya lebih berat kerana masyarakat tidak mahu dia dihukum, sebaliknya masyarakat mahu melihat dia pulih seperti manusia normal lain. Oleh itu, apa yang penting adalah melihat peningkatan kesihatan dia supaya bebas terus dari najis dadah itu," tambahnya dipetik sebagai berkata kepada mStar Online .

Terdahulu, Mahkamah telah menetapkan 10 April depan bagi tarikh sebutan semula kes terhadap dua pertuduhan terhadap Zamani kerana memiliki dan mengambil dadah.








         ________________________




No comments: