24 March 2015

DISERANG 'SLIPPED DISC' - ADI PUTRA DIMASUKKAN KE HOSPITAL



Selepas beberapa artis kita mengalami sakit belakang atau 'slipped disc' gara-gara membuat senaman berlebihan, terkini aktor popular Adi Putra pula telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur kerana disyaki mengalami penyakit yang sama.

Untuk info, finalis kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 204) itu dikatakan mula diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika hadir pada sesi promosi filem Isyarat Cinta semalam.

"Saya diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital. Selepas diberikan suntikan tahan sakit, saya kemudiannya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc.

Klik gambar untuk size besar




"Saya sendiri tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan dilaluinya bermula hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI)," ujar Adi dipetik sebagai berkata berkata kepada BH Online.

"Mohon maaf kepada peminat kerana terpaksa meninggalkan majlis promosi dalam keadaan tergesa-gesa.



"Sebelum ke majlis itu lagi saya sudah merasakan seperti tidak sedap hati, tetapi mengenangkan tanggungjawab untuk memastikan filem ini berjaya di pawagam, saya telah menguatkan semangat untuk menghadirinya.

"Saya berharap peminat mendoakan agar penyakit saya itu tidak kritikal dan dengan izin Tuhan saya dapat kembali bekerja seperti biasa," tambah Adi yang dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot.



         ________________________




No comments: