24 March 2015

MOHON MAAF - AISYAH TAJUDIN NAFI HINA ISLAM



Gara-gara mendapat kecaman meluas di laman sosial dan bakal disiasat polis berhubung video lakonan yang mempersoalkan pelaksanaan hudud di negeri Kelantan, penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Dakwanya, menerusi klip video tersebut, dia tiada niat untuk mengherdik dan menghina agama hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

"Saya benar-benar menyesal dan memohon maaf.

Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk agama apatah lagi agama saya sendiri," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Menerusi satu klip video berdurasi 1 minit 55 saat baru-baru ini yang diterbit oleh ‘BFM Kupas – Projek Radio’, Aisyah mendakwa isu melaksanakan hukum hudud hanya sebagai agenda politik dan menggunakan nama agama untuk mengaburi mata rakyat dari isu penting seperti ekonomi dan pentadbiran.



Bagaimanapun, pengguna media sosial mengecam tindakan Aisyah dan mendesak agar dia diambil tindakan tegas meskipun Aisyah mendakwa objektif penerbitan video itu adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dan bukannya berniat menghina agama Islam.

"Ia berkaitan politik, perkataan, perbuataan ahli politik dan semestinya tidak sekali-kali mengenai agama.

"Bagaimanapun, saya mendapati liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan iaitu menggalakkan perbincangan mengenai isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan," tambahnya.

VIDEO YANG MENJADI KONTROVERSI:



         ________________________




No comments: