10 March 2015

GAMBAR - WAJAH BAKAL ISTERI TAUFIK BATISAH?



Berita mengenai pemenang program siri pertandingan realiti Singapore Idol musim pertama terbitan stesen Channel 5 Mediacorp pada 2004 lalu, Taufik Batisah, yang bakal mendirikan rumah tangga pada April depan memang diterima baik oleh peminatnya.

Terkini, seorang peminat yang mahu namanya dirahsiakan telah berkongsi menerusi emel sekeping foto yang dikatakannya sebagai bakal isteri Taufik.

Menurut pengirim, Wanita yang berjaya mencuri hati penyanyi yang popular dengan lagu 'Awak Kat Mana' ini berasal dari Singapura dan dikenali sebagai 'Sheena Akbal'.

Klik gambar untuk size besar




Bagaimanapun, hingga kini, Taufik masih belum mendedahkan wajah atau nama bakal isterinya itu pada media.

Tetapi jika benarlah wanita tersebut merupakan bakal isteri Taufik, nampaknya memang padanlah pasangan ini bak pinang dibelah dua. Tahniah diucapkan!



Sumber: MH


         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...