04 March 2015

GOSIP DENGAN PUTRI YASMIN - "DIA UMPAMA KAKAK" - ZIZAN



"Saya anggap ia sesuatu yang mengarut dan kelakar," komen Zizan Razak mengenai gosip hubungannya dengan Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin yang hangat diperkatakan.

Artikel terdahulu:
Tambah Zizan, tiada sebarang hubungan istimewa antara dia dengan Putri Yasmin seperti yang tersebar baru-baru ini. Jelasnya, hubungan rapat mereka hanya berkaitan dengan urusan kerja semata-mata kerana dia telah menganggap Putri umpama kakak.

"Saya tidak tahu bagaimana gosip seperti jni boleh tersebar.

Klik gambar untuk size besar




"Hubungan kami hanya atas dasar kerja kerana dia pengurus dan bos saya sahaja, malah, juga saya anggap dia sebagai seorang kakak.

"Kemesraan kami telah disalah tafsir oleh pihak tertentu,

"Saya tidak tahu ini fitnah jenis apa dan saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Saya juga harap pihak media memberi saya ruang bernafas untuk menjawab isu ini," ujarnya ketika ditemui media pada tayangan perdana filem Cicakman 3 di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara, Petaling, Selangor malam semalam.

Bagaimanapun, mengenai hubungan cinta yang diakui oleh Emma Maembong sudah berakhir, Zizan enggan memberi sebarang komen

"Saya tak mahu ulas kisah cinta saya dengan Emma, saya berkeputusan untuk tutup mulut dan bagilah ruang untuk saya bernafas, walaupun kelihatan saya dalam tekanan tetapi saya akan terus memperjuangkan kerjaya saya dalam bidang seni ini," Ujar zizan menutup bicara.








         ________________________




No comments: