03 March 2015

'ORANG KUAT ASTRO ' NAFI JADI KEKASIH BARU ZIZAN RAZAK



Tidak benar!

Begitulah kata 'orang kuat Astro' yang digosipkan sebagai 'kekasih baru' Zizan Razak baru-baru ini.

Wanita berkenaan yang merupakan Naib Presiden GenNext Astro, bernama Putri Yasmin Megat Zaharuddin turut enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan hubungan cintanya dengan pelawak tersebut.

Klik gambar untuk size besar




"Tidak ada kebenaran. Rasanya anda semua tahu perkara itu tidak benar.

"Saya tidak akan buat apa-apa kenyataan atau sidang media berhubung perkara itu. Apa yang sepatutnya diperkatakan sudah pun diperkatakan.

"Maaf saya tidak boleh memberi komen kerana saya perlu menghormati pihak penganjur majlis pada hari ini," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MD.



Tambah Putri Yasmin, kemungkinan Zizan akan membuat kenyataan pada malam tayangan perdana filem Cicakman 3 di Damansara. Petaling Jaya, Selangor malam ini.

Untuk info, gosip antara Putri Yasmin dan Zizan mula tersebar minggu lalu apabila mereka didakwa menjalinkan hubungan cinta.

Sehubungan itu, ia dikatakan antara punca hubungan Zizan dan Emma Maembong putus di tengah jalan.

















         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...