03 March 2015

MESKIPUN MILIKI FERRARI, NAMUN AZLAN TETAP MERENDAH DIRI



"Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi. Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya," demikian komen Azlan atau lebih dikenali sebagai Azlan & The Typewriter mengenai kereta mewah yang menjadi persoalan peminatnya.

Ini kerana, menerusi Instagramnya dia telah berkongsi gambar sebuah kereta sport Ferrari yang pastinya berharga agak mahal.

Klik gambar untuk size besar




Bagaimanapun, bila diajukan soalan tersebut Azlan tetap mahu berahsia dan tidak mahu mendedahkan kisah peribadinya. Menurut Azlan, dia mengaku dia kini lebih banyak menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan kerana ia lebih berjaya dan mampu bergaya mewah.

"Saya tidak mahu mengulas mengenainya kerana perkara tersebut lebih bersifat peribadi dan bukan untuk didedahkan kepada umum," ujarnya ketika ditemui media di sidang akhbar majlis Minggu Setiausaha yang bakal berlangsung pada 8 April ini di Berjaya Times Square Hotel bersama Dayang Nurfaizah.









         ________________________




No comments: