03 March 2015

WATAK WANITA - PEKIN MINTA MAAF PADA IBU



Gara-gara watak wanita dalam filem Coverina, Pekin Ibrahim telah meminta maaf pada ibunya kerana bimbang ibunya mungkin terkejut besar apabila menonton filem tersebut.

Maklumlah... selama ini ibunya hanya melihat lakonan dirinya yang asli, tetapi kali ini dia bertukar menjadi wanita seksi. Heh.

“Sebelum dimaki dan dikritik ibu, jadi saya awal-awal lagi sudah membuat permohonan maaf menerusi suara latar dalam filem itu.





“Saya menjelaskan kepada ibu yang anak lelakinya ini masih lurus dan belum terpesong lagi,” ujar Pekin dipetik sebagai berkata.

“Saya sebenarnya adalah seorang yang pemalu, namun tawaran ini diterima sebagai salah satu cara untuk saya mencabar diri saya namun ia tetap mengikut kemampuan diri juga.

“Ada yang mengatakan berdosa kerana menyerupai wanita, namun kita tahu niat atas dasar kerja. Saya berjuang dalam wadah kesenian,” tambahnya.









         ________________________




No comments: