19 March 2015

INFO SEMASA - PM DAN TPM SAMBUT MENANTU



Tahniah diucapkan buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal menyambut menantu.

Apa yang menarik, mereka berdua bakal menyambut menantu lelaki bukan berbangsa melayu, di mana anak perempuan sulung Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, 26, akan bernikah dengan warganegara Uzbekistan, Daniyar Kessibayev. Manakala anak kepada TPM, Najwa Mahiaddin pula akan bernikah dengan lelaki berbangsa cina, Idris Koh Keng Hui.

Untuk info, Perkahwinan Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev dijadual akan berlangsung hari ini di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.

Klik gambar untuk size besar




Jurucakap dan wakil keluarga Perdana Menteri bagi upacara pertunangan dan perkahwinan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri ), dalam satu kenyataan yang dipetik melalui Bernama berkata, akad nikah akan dilakukan oleh Najib sendiri.

Antara tetamu kehormat yang dijadual menghadiri majlis tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, serta jemputan VIP yang lain.







         ________________________




No comments: