30 March 2015

KEMALANGAN KERETA - AWAL ASHAARI KINI STABIL



Berikutan mengalami kemalangan kereta pagi semalam, Awal Ashaari yang dimasukkan ke Hospital Besar Melaka, berada dalam keadan baik dan stabil.

Berita itu disahkan sendiri oleh isteri pengacara tersebut iaitu Scha Alyahya, kepada media.

Untuk info, semalam kereta BMW 6 Series yang dipandu rakan Awal iaitu Izuan remuk teruk selepas terbabit kemalangan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka ketika mereka dalam perjalanan ke Karnival Jom Heboh.

Klik gambar untuk size besar




"Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas," kata Izuan.

"Alhamdulillah awal dalam keadaan baik dan stabil. Tiada kecederaan teruk. Walaupun kereta dia rosak teruk, Tuhan masih melindunginya," ujar Scha yang dipetik sebagai berkata kepada BH Online.







         ________________________




No comments: