17 March 2015

KES DERA TEGAR - RAMAI CABAR ARIF DOLLAH BUAT 'LIE DETECTOR TEST'



Berani kerana benar, takut kerana salah!

Demikian cabar beberapa selebriti di Singapura yang terus memberi tekanan terhadap bekas pengurus Tegar iaitu Arif Dollah. Terkini, mereka mencabar Arif untuk melakukan ujian penipuan (lie-detector) sekiranya dia benar-benar tidak bersalah terhadap dakwaan menganiaya dan melakukan perbuatan tidak senonoh dan salah laku seks ke atas penyanyi Indonesia Tegar.

"Jika dia benar-benar tidak salah, dia tidak perlu takut. Apa yang penting, ujian ini dapat membantu untuk menunjukkan sama ada kenyataan yang dibuatnya itu betul atau sebaliknya. Dia hanya perlu bercakap ya atau tidak saja dengan doktor yang bakal membuat ujian tersebut.

Klik gambar untuk size besar




"Kami di sini tidak akan berdiam selagi apa yang berlaku terhadap Tegar mahupun Sufie Rashid tidak diberikan keadilan yang sewajarnya di dalam kes ini. Kita hanya mahukan kebenaran sebab dia memang bijak memanipulasikan kenyataannya.

"Setakat ini, Sufie Rashid dengan ibunya sudah pun memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung kes Arif Dollah ini dan giliran Tegar pula adalah sekitar penghujung Mac ini," ujar wakil pihak pengurusan Tegar dan Sufie Rashid di Singapura iaitu Ali Najib dipetik sebagai berkata melalui Murai.



Tambah Ali, tuduhan yang mengatakan artis Singapura Sufie Rashid itu mengeluarkan maklumat palsu tentang Arif Dollah apabila membuat pengakuan dia juga pernah diliwat oleh Arif adalah tidak benar sama sekali.

"Tidak mungkin Sufie suka-suka mahu memberikan maklumat palsu kepada pihak polis mengenai kes Tegar dengan Arif kerana kesannya dia boleh dipenjarakan.

"Singapura mempunyai undang-undang yang sungguh ketat dan cukup keras," jelasnya bersungguh.




         ________________________




No comments: