31 March 2015

SERIK DENGAN JEJAKA TEMPATAN - RAMONA ZAMZAM NIKAH JEJAKA PALESTIN 15 MEI INI



Lelaki warganegara asing mempunyai karakter yang lebih memikat berbanding lelaki tempatan, demikian kata Ramona Zamzam mengenai jejaka pilihan hatinya seorang rakyat Palestin bernama Rami Alashkar.

"Saya bukan jenis yang pilih lelaki luar, tetapi pengalaman saya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan saya sedikit serik. Berbeza dengan Rami kerana dia tidak mengongkong saya, jauh sekali bersikap cemburu buta. Pendek kata, semuanya senang dan aman.

Klik gambar untuk size besar




"Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang.

"Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama," tambah Ramona yang memilih tarikh 15 Mei ini untuk hari pernikahannya.

Tahniah diucapkan!









         ________________________




No comments: