27 April 2015

23 GAMBAR - MAJLIS CUKUR JAMBUL & ULANG TAHUN PERKAHWINAN ALMY & FIZZ FAIRUZ



Akhirnya, wajah Nur Afrina Arianna, anak pelakon Almy Nadia didedahkan buat pertama kalinya sejak dilahirkan pada pada 16 Februari lalu di Hospital Columbia, Setapak Kuala Lumpur.

Mereka memilih hari ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang dilangsungkan bersama majlis cukur jambul Nur Afrina yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam (Ahad) untuk memperlihatkan wajah anak mereka itu.

Apa yang menarik, turut hadir pada majlis itu ialah Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Datuk Seri Ismail Shah Sultan Hishamudin Alam Shah, jurulatih bola sepak Pahang, Zainal Abidin Hassan, pelakon Sharifah Shahira dan suami, Ijoy serta ramai jemputan istimewa.

Klik gambar untuk size besar




"Saya dengan suami akan bergilir-gilir menjaga anak jika salah seorang sibuk kerana itu merupakan cara terbaik untuk memastikan anak saya selamat.

"Sebenarnya saya tidak yakin untuk mengupah pembantu rumah menjaga anak kerana maklumlah kini kita dengan bermacam-macam cerita mengenai pembantu rumah," kata Amly pada media.



"Kebiasaannya selepas tamat penggambaran saya suka melepak di kedai mamak dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah.

"Namun sekarang hati sentiasa teringatkan anak yang berada di rumah dan akan terus pulang untuk bersamanya selepas selesai kerja walaupun saya menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur," ujar Fizz Fairuz pula dpetik melalui Mstar.













































         ________________________




No comments: