20 April 2015

ABBY ABADI BATAL NIAT CERITA KISAH PERKAHWINANNYA DENGAN NORMAN HAKIM



Jika sebelum ini, Abby Abadi ada mengeluarkan kenyataan dia berkahwin dengan Norman Hakim bukan kerana cinta tetapi sebab lain, terkini dia memberitahu yang dia tak mahu bercerita lebih lanjut mengenai perkara ini.

"Saya memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan perkara ini. Tak ada apa yang serius dan kalau cerita pun, ia tidak berbaloi. Jadi, lupakanlah saja.

"Tak apalah, saya malas nak layan sebab kalau jawab nanti, orang akan panjangkan perkara ini. Lagipun, ramai sangat juri awam kat Malaysia ini.

Klik gambar untuk size besar




"Bagi saya, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk dikongsikan bersama," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Ada pihak yang mengatakan perkara ini tidak elok didedahkan kerana Memey Suhaiza, isteri kepada Norman baru sahaja melahirkan anak kedua dan perkara ini sudah lama berlaku.

Mungkin sebab itulah Abby membatalkan hasratnya untuk bercerita.







         ________________________




No comments: