Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!
Demikian jugalah halnya dengan pelakon Shaheizy Sam yang muncul sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun 2014 dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands malam semalam.
Lebih manis, Sam juga merangkul anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.
Klik gambar untuk size besar

Sebelum ini, Sam pernah memenangi anugerah yang sama pada tahun 2011 (ABPBH 2010) dan 2013 (ABPBH 2012).
Dengan kemenangan itu, Sam yang menerima sejumlah 265,703 undian memenangi hadiah utama iaitu kereta Toyota Camry bernilai RM175,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd berserta trofi.
Berikut adalah senarai penuh ABPBH.
Bintang Paling Popular
Shaheizy Sam
Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Artis Baharu Wanita Popular
Ayda Jebat
Pengacara TV Lelaki Popular
Datuk Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular
Neelofa
Penyanyi Lelaki Popular
Akim
Penyanyi Wanita Popular
Adira
Artis Duo/Berkumpulan Popular
Akim & The Magistrate
Pelakon TV Lelaki Popular
Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular
Nad Zainal
Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular
Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Penyampai Radio Lelaki Popular
Johan (Era)
Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana (Hot)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Tan Sri SM Salim
Kategori Online ABPBH 2014
Artis Paling Kontroversi: Sharnaaz Ahmad
Pasangan Selebriti Romantis: Awal Ashaari & Scha Alyahya
Artis Lelaki Stailo: Zul Ariffin
Artis Wanita Stailo: Dato' Siti Nurhaliza
Gandingan Serasi Di Layar Perak: Zul Ariffin & Ayda Jebat
Personaliti Popular: Faiz Dickie






________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment