16 April 2015

FILEM BUKIT KEPONG DALAM HD, BAKAL DITAYANG OGOS INI



Filem epik Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin kini telah berjaya melalui baik pulih kepada kandungan definasi tinggi (HD). Penaikkan taraf dari segi visual dan audio telah dilakukan oleh anak syarikat KRU iaitu Prodigital Lab Sdn Bhd.

"Kita menaik filem ini kepada kandungan definasi tinggi, malah meningkatkan kualiti warna seolah-olah penggambaran baharu sahaja dilakukan semalam.

"Selain itu, mutu audio juga dipertingkatkan dalam proses adunan semula daripada mono ke stereo, suntingan bagi menyelaraskan lipsync audio asal dengan visual, noise reduction serta penambahan kesan bunyi," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim pada sidang media Ops Selamatkan Bukit Kepong yang diadakan di Platinum Sentral, Kuala Lumpur.

Klik gambar untuk size besar




Turut hadir pada majlis tersebut ialah Jins Shamsuddin sendiri yang kelihatan uzur, Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta.

"Kos dan tempoh proses digital remastering bergantung kepada kondisi filem. Ketika kami menerima filem ini, ia dalam format filem negatif 35mm, kami dapati keadaannya tidak begitu baik dan ia sudah melekat serta tidak boleh diimbas.

"Ia terpaksa dibawa ke Thailand untuk proses pembersihan dan sangat rumit sehingga mengambil masa yang lama," tambah Norman yang memilih filem Bukit Kepong sebagai filem pertama melakukan proses itu.



"Filem ini berbeza daripada filem lain yang mana saya lihat ia sebagai filem lama yang masih releven untuk ditonton.

"Bukit Kepong juga banyak menerapkan nilai-nilai yang baik dan Insya-Allah akan ditayangkan di pawagam pada bulan kemerdekaan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

















         ________________________




No comments: