25 April 2015

GAMBAR TAK BERBAJU - AJAI TERUK DIKRITIK



"Pada saya isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana semua orang tahu saya cuma tidak memakai baju dan masih lagi berseluar bukannya gambar tersebut menunjukkan saya bogel," demikianlah kata Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 40, mengenai gambarnya yang tidak memakai baju di laman IGnya.

Menurut Ajai, dia tidak terkesan langsung dengan pandangan negatif sesetengah pihak yang tidak berpuas hati mengenai gambar tersebut.

Dalam pada itu, Ajai berkata yang dia tidak berhak untuk menghalang orang luar membuat penilaian terhadap tindakannya itu kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri.

Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak kisah orang ingin mempertikaikan perkara itu kerana ia merupakan pendapat masing-masing dalam memberi pandangan tentang apa yang mereka rasa kerana mulut orang bukan kita boleh tutup.

"Perkara seperti ini tidak perlu menjadi persoalan kerana ia hanyalah perkongsian aktiviti saya kepada peminat," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambah Ajai, dia memandang perkara tersebut dari sudut positif iaitu sebagai pembakar semangat untuk dia terus melakukan senaman dan menjalani kehidupan yang sihat.



Tujuan Ajai memuat naik gambar tersebut adalah untuk memotivasikan para pengikutnya di laman Instagram supaya mereka juga turut mengamalkan gaya hidup sihat sepertinya.

"Saya amat kesian kepada mereka yang berkata demikian mungkin individu terbabit juga harus melibatkan diri dalam senaman bina badan ini.

"Tujuan meletak gambar tersebut adalah untuk motivasi kepada orang ramai terutamanya kepada orang ramai yang lingkungan umur seperti saya.

"Mereka harus menjaga kesihatan dan ia dapat memotivasi orang yang berperut buncit supaya melakukan senaman untuk menyihatkan badan," jelasnya.




         ________________________




No comments: