21 April 2015

KES PENJAGAAN ANAK - ROZANA KEKAL HAK, AWIE TUNTUT RM1 JUTA



Permohonan Awie untuk membatalkan perintah interim hadhanah secara ex-parte terhadap tiga anak hasil perkongsian hidup dengan Rozana Misbun telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.

Bukan itu sahaja, malah hasratnya untuk menuntut wang RM1 juta bagai terbantut apabila usaha untuk mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya terhalang.

Untuk makluman, tuntutan RM1 juta tersebut dibuat Awie kerana mahu pihak responden iaitu Rozana Misbun menanggung kos atau membayar ganti rugi kepadanya berdasarkan dakwaan fakta-fakta yang tidak benar mengenai kes tuntutan anak.

Klik gambar untuk size besar




Keputusan mengekalkan hak penjagaan sementara kepada Rozana Misbun dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Muhammad Fathi Saleh.

"Alhamdulillah sahaja yang mampu saya ucapkan ketika ini apabila mahkamah mengekalkan hak penjagaan sementara itu kepada saya.

"Saya yang melahirkan mereka dan tiada kata dapat digambarkan perasaan saya biarpun Merrah (anak sulung) tidak bersama saya," ujar Rozana melahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah.





Sumber: Mstar




         ________________________




No comments: