23 April 2015

PERSONALITI TV3, IRIN PUTRI DIANUGERAH SELEMPANG SRIKANDI



Tutur kata yang lembut namun mempunyai jiwa yang besar mengiringi wajah manis Irin Putri Azmi yang merupakan salah seorang personaliti TV3 yang mula menempa nama sejak tahun 2004.

Apa yang menarik, baru-baru ini Irin telah dianugerahkan Selempang Srikandi Media Malaysia oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi. Penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Muadzam Shah di Istana Pahang di Kuala Lumpur.

Majlis penganugerahan itu meraikan jasa dan sumbangan wanita dari seluruh negara dalam pelbagai bidang yang membawa perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan negara.

Klik gambar untuk size besar




"Saya amat bersyukur di atas penganugerahan ini. Saya percaya masih banyak lagi yang harus saya pelajari walaupun telah 11 tahun di dalam bidang produksi TV. Pembelajaran merupakan proses yang tidak pernah berhenti dan pengalaman membantu kita untuk terus berkembang.

"Anugerah ini merupakan motivasi untuk saya terus memberikan yang terbaik dalam apa yang sentiasa saya sukakan iaitu penceritaan," ujar Irin.



"Kami gembira dan turut berbangga dengan pencapaian Irin selaku wartawan, pengacara dan penerbit yang mengendalikan rancangan di TV3. Beliau telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan sentiasa berusaha menghasilkan dokumentari berkualiti dan menarik.

"Sebelum ini, wartawan kami seperti Zainal Ariffin turut diberikan penghargaan oleh majalah Reader’s Digest apabila dianugerahkan Most Wanted Trusted pada Anugerah Reader’s Digest Trusted Brand 2014.

"Kami berharap wartawan-wartawan kami akan terus memberikan hasil kerja yang terbaik selepas ini kerana usaha mereka pastinya mendapat tempat," kata Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9.






Foto : TV3


         ________________________




No comments: