15 May 2015

12 GAMBAR - SAH RUJUK: SAAT BAHAGIA DIANA RAFAR & ZAMARUL HISHAM



"Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Kami kembali menjadi suami isteri. Jodoh kami masih kuat," ujar Zamarul Hisham, 44, sebaik Hakim Syarie, Mohd Hisham Zakaria mengesahkan lafaz rujuk yang dibuatnya terhadap Diana Rafar, 33, semalam.

Zamarul melafazkan rujuk tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pukul 3 petang dan ia sah mengikut seksyen 61 Enakmen Keluarga Islam 2013.

Terdahulu, Diana yang memakai pakaian serba hitam tiba berasingan. Sementara Zamarul juga dilihat memakai pakaian serba hitam dan mereka berdua ditemani oleh keluarga masing-masing.

Klik gambar untuk size besar




Selanjutnya, pasangan ini kemudian telah ke Bainy Gold & Diamant di Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor untuk menyarung cincin.

Dengan lafaz rujuk dan sarung cincin itu, maka kini Diana sah milik Zamarul semula.

Tahniah diucapkan buat Zamarul dan Diana!

























         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...