15 May 2015

BERITA SAYA PELUK ISLAM PALSU - STACY



"Saya tak tahu nak cakap apa. Tak kisah pun ya, geram pun ya. Sebelum ini saya pernah terpalit dengan khabar angin seperti ini tetapi bagi saya gosip kali ini agak melampau. Lebih-lebih lagi bab-bab berkaitan agama, kita tidak boleh main-main.

"Ia agak sensitif terutamanya bagi masyarakat kita.

"Kalau terkena dekat saya seorang, tidak apa. Ini tidak, kasihan keluarga saya menerima panggilan sejak kelmarin (Rabu) sehingga semalam (Khamis) yang hanya mahu mengesahkan sama ada saya masuk Islam atau tidak.

Klik gambar untuk size besar




"Ia sekali gus memberi tekanan buat mereka yang tidak tahu apa-apa," ujar Stacy mengenai berita palsu yang tersebar mengenai dirinya sudah memeluk Islam.

Selain menyifatkan berita tersebut sebagai palsu, Stacy juga menyifatkan ia sebagai keterlaluan dan melampau. Malah dia juga merasakan ia amat sensitif terutamanya pada keluarga yang turut terkena tempias.

Stacy berkata demikian berikutan tersebarnya sekeping gambar yang didakwa oleh beberapa portal kononnya dia sedang mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang ustaz. Namun hingga kini, tiada kesahihan yang dapat dibuktikan mengenai gambar tersebut.









         ________________________




No comments: