01 May 2015

AL FATIHAH - JULIE DAHLAN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Penerbit filem terkenal Julie Dahlan atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 62, telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 7.30 malam semalam akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dideritainya sejak beberapa tahun lalu.

Hani Nur Zara anak kepada Allahyarham berkata, ibunya meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

"Ketika dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulan, arwah ibu sudah mula sesak nafas. Apabila sampai sahaja di hospital, doktor mengesahkan dia sudah pergi.

Klik gambar untuk size besar




"Sebenarnya arwah ibu baru saja keluar wad semalam (Rabu) selepas tiga hari ditahan di hospital. Kemudian siang tadi (Khamis) dia kerap muntah darah.

"Tak sangka pula dia pergi (meninggal dunia) secepat ini. Rasa sedih sangat arwah ibu tidak sempat melihat anak saya yang bakal lahir pada Oktober ini," ujar dipetik sebagai berkata.



Allahyarham pernah menerbitkan filem yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Terakhir Cinta Metropolitan (1996).

Malah Allahyarham turut popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).

Takziah kami ucapkan buat keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.




         ________________________




No comments: