04 May 2015

BAKAL SUAMI 14 TAHUN LEBIH MUDA - JAGA SOLAT BUAT JOJIE TERPIKAT



Meskipun bakal suami 14 tahun lebih muda daripada usianya, namun kakak kepada penyanyi rock Ella iaitu Jojie menyifatkan ia sebagai jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Malah Jojie atau nama sebenarnya Jojie Aminuddin, 50, juga berkata, faktor usia bakal suami Syahrizal Ismail, 36, bukan penghalang untuk mereka saling memahami.

"Faktor usia bukan satu masalah kerana Syahrizal seorang yang matang. Malah ada masanya dia lebih matang daripada saya.

Klik gambar untuk size besar




"Sudah setahun kami berkenalan dan sikapnya yang bersederhana dan sering menjaga solat membuatkan saya terpikat dengannya. Saya memang mencari seorang yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan," ujar Jojie dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, Jojie bakal berkahwin dengan Syahrizal, seorang pengurus acara pada Jun ini. Malah Syahrizal juga sudah pun menghantar rombongan merisik kekasihnya itu baru-baru ini.



"Sebagai seorang yang bekerja di bahagian korporat, saya sering berurusan dengan ramai orang dan saya melihat Jojie adalah calon isteri yang sesuai kerana dia memahami saya.

"Tambah pula dia pandai masak. Tetapi saya tidak mahu dia kerap masak kerana mahu dia hidup selesa di samping saya," jelas Syahrizal pula yang tidak mahu terlalu mengongkong bakal isterinya itu.







         ________________________




No comments: