11 May 2015

FAHRIN & ELENA BERBULAN MADU KE ITALI DAN MONTE CARLO



"Berdua lebih baik. Tq semua atas doa dan ucapan... Puan Elena kini 'menculik' saya ke Dubai.... Jangan berhenti dan lokek doa yang baik-baik dan terbaik untuk kami ya... #fahrinelena ** Dan saya ingin mohon maaf kepada isteri saya @elenaeleas kerana anda sekarang PUAN dan saya masih lagi ENCIK... hahaha...," begitulah seloroh Fahrin Ahmad yang kini berada di Dubai bersama isterinya Elena Hani.

Untuk info, Fahrin mengikut isterinya pulang ke Dubai sebelum mereka pergi bercuti untuk berbulan madu ke lokasi kegemaran Elena iaitu Venice, Itali dan Nice, Monte Carlo.

bercakap mengenai majlis resepsi pula, Fahrin berkata mereka tidak merancang mengadakan resepsi dalam masa terdekat ini memandangkan dia dan Elena sibuk dengan jadual kerja yang padat.

Klik gambar untuk size besar




"Resepsi, kalau diadakan pun mungkin sewaktu Elena bercuti sempena raya Aidilfitri nanti ataupun jika dia pulang bercuti Ramadan ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Fahrin, 36, dan Elena, 37, sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis ijabkabul yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, pada Sabtu lalu.



Biodata Isteri Fahrin 
Nama Penuh: Elena Hani Binti Eleas
Umur: 37 Tahun
Asal: Johor
Alamat Terkini: Kuala Lumpur
Pekerjaan: Pramugari Emirates Airlines (Arab Saudi) dan Bekas Peguam
Pendidikan: Program Asasi Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, UITM Shah Alam
Bangsa: Melayu
Nama Ayah: Haji Eleas bin Hashim








         ________________________




No comments: