10 May 2015

ISU TABUNG HAJI - SITI NURHALIZA LUAH RASA KESAL DI LAMAN SOSIAL



"Sangat memalukan dengan apa yang terjadi dengan kes Tabung Haji..Ya Allah lindungi kami," demikianlah luahan Siti Nurhaliza di laman Twitter miliknya mengenai Tabung Haji membeli satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB.

Tuit tersebut menjadi perhatian pengguna laman Twitter dalam hanya masa yang singkat dengan 2,500 tuit semula dan lebih 1,000 ‘Like’.

Pada Khamis yang lalu, Lembaga Tabung Haji telah mengesahkan membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Board (1MDB).

Klik gambar untuk size besar




Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah menerusi kenyataan media.

Menurutnya, pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.




         ________________________




No comments: