31 May 2015

ISTERI SELAMAT BERSALIN - ALIF SATAR DIKURNIA 'BABY GIRL'



Sha Dila Halid isteri kepada Alif Satar telah selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 9.25 pagi tadi di Hospital Pantai.

Berita kelahiran itu disampaikan sendiri oleh Alif menerusi laman IGnya.

Bayi seberat 3.24 kilogram itu telah diberi nama Alisha Anugerah yang bermaksud dilindungi oleh Tuhan.

"Alhamdulillah.. Isteri Alif selamat melahirkan anak kami yang pertama.. Thank you all for the doa and wonderful wishes..

Klik gambar untuk size besar




"Saya begitu teruja kerana menyambut anak kami sendiri serta memotong tali pusatnya.

"Kami sepakat menamakan anak ini dengan nama Alisha Anugerah yang bermaksud dilindungi oleh Tuhan. Terima kasih atas doa dan ucapan semua," ujar Alif yang kini bergelar bapa.

Untuk rekod, Alif dan Sha Dila telah bernikah pada 15 September 2014.

Tahniah diucapkan!









Foto: Alif Satar IG



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...