12 May 2015

JODOH MASIH KUAT - DIANA & ZAMARUL NIKAH SEMULA 16 MEI?



Pada 15 Januari lalu, ia merupakan tarikh duka buat Diana Rafar, 33, dan Zamarul Hisyam, 44, apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Bagaimanapun, nampaknya jodoh mereka masih kuat apabila mereka khabarnya bakal bernikah semula pada 16 Mei ini.

Apa yang menarik, tarikh tersebut merupakan tarikh perkahwinan mereka pada kali pertama iaitu pada tahun 2009.





"Jika ada rezeki bersatu kembali, doakan terbaik untuk kami," ujar Diana yang menyifatkan penceraian antaranya dengan bekas suami sebagai tempoh untuk muhasabah diri.

Ini kerana, jauh dari sudut hati, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada takdir dan jika pengakhiran adalah positif, dia menerima dengan hati terbuka.

3 individu penting dalam hidup Zamarul
Klik gambar untuk size besar


"Jika mahu cakap bab rujuk semula, saya rasa pihak lelaki lebih hak untuk bersuara. Bagi saya, jika ada rezeki, bersatu balik. Saya terima sahaja qada dan qadar daripada Allah. Doakan yang terbaik buat kami," tambah Diana dipetik sebagai berkata.

Tahniah buat Zamarul dan Diana!

Gambar terkini Diana yang dirakam oleh Zamarul




         ________________________




No comments: