29 May 2015

TAKZIAH - BAPA MIMI ONE NATION EMCEES KEMBALI KE RAHMATULLAH



Norhisham Nasir bapa kepada salah satu ahli kumpulan One Nation Emcees (ONE) iaitu Mimi telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang semalam.

Allahyarham meninggal dunia akibat barah hati dan pendarahan dalam perut yang dilaporkan kritikal.

Berita berkenaan cukup menyedihkan bagi Mimi atau nama penuhnya, Shamimi Amalina Norhisham yang akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pensyarah Tun Abdul Razak (Unitar) yang dikenali sebagai Firdaus hujung bulan ini.

Klik gambar untuk size besar




Bagaimanapun, tarikh sebenar pernikahan mereka tidak didedahkan oleh Mimi.

Difahamkan, majlis resepsi dijadual diadakan pada 7 November depan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Al-Fatihah.



Foto kredit: IG Mimi One Nation Emcees
Sumber: BH Online


         ________________________




No comments: