21 May 2015

UCAPAN SAYU AFDLIN SHAUKI BUAT HARUN SALIM BACHIK SEMPENA HARI LAHIRNYA



Pemergian pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik pada 8 Mac yang lalu merupakan sesuatu kehilangan besar dalam dunia komedi tanah air.

Antara insan yang cukup merasai kehilangan Allahyarham ialah rakan baiknya, Afdlin Shauki.

Terbaru, sempena menyambut hari kelahiran pada 19 Mei, Afdlin telah memuat naik sekeping gambar menerusi laman instagram miliknya yang berkongsi cerita mengenai perjalanan kariernya bersama Allahyarham Harun Salim Bachik.

Klik gambar untuk size besar




Untuk pengetahuan semua, Afdlin dan arwah Harun berkongsi tarikh hari lahir yang sama.

"Tadi aku bukak laptop aku ada notification, its your birthday today!! Tapi lepas tu ada keluar satu lagi notification, it's Harun Salim Bachik's birthday!!...

"Sahabatku Allahyarham Harun Salim Bachik juga berkongsi sama hari jadi dengan aku dan sudah berberapa tahun hari jadi kami akan celebrate bersama selepas kami menjadi kumpulan Boboi.

"Saya sangat bertuah yang dapat berkongsi masa dan berkerjasama dengan insan yang sangat hebat ni. Ini gambar sewaktu kami pergi bercuti ke kota london bersama.

"Beliau adalah seorang kawan dan partner yang sangat baik dan tak mungkin akan terganti permata seperti ini lagi, Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan roh-roh orang yang beriman.

"I miss you and will always love you abang Harun. Sehingga ketemu lagi di akhir masa InsyaaAllah. Al-Fatihah," luah Afdlin.

Rata-rata pengikut Afdlin Shauki di Facebook turut sama berkongsi kesedihan selain memberi sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham.

Al-Fatihah.



         ________________________




No comments: