13 June 2015

ANAK TAK IZIN KAHWIN LAGI - SITI NORDIANA TERPAKSA AKUR



Siti Nordiana yang sudah 6 tahun hidup sebagai seorang ibu tunggal terpaksa akur dengan permintaan satu-satunya anaknya, Muhammad Rayyan Nakhie, 7, yang tidak menginzinkannya untuk berkahwin lagi.

Ini kerana anaknya masih tidak boleh menerima kenyataan jika ada lelaki lain menggantikan tempat arwah bapanya, Mohd Faizal Yusup.

Klik gambar untuk size besar




"Saya rasa salah satu sebab mengapa saya tidak berkahwin lagi sehingga sekarang adalah sebab anak saya. Dia sendiri tidak boleh terima jika saya berkahwin dan ada lelaki lain yang mendekati saya. Mungkin dia kecil lagi dan banyak perkara yang dia tidak paham lagi.

"Kerana dia selalu rasa bapanya masih ada walapun dia sendiri sudah tahu yang bapanya sudah kembali ke rahmatullah. Jadi sehingga kini saya belum fikir untuk berumahtangga lagi kerana bukan senang untuk seorang lelaki hendak menerima saya bersama anak saya.

"Apa yang penting sekarang adalah anak saya, tentang jodoh saya serahkan kepada Tuhan.



Dia juga menyatakan kehidupannya sebagai ibu tunggal agak sukar kerana terpaksa membesarkan sendiri anaknya itu tanpa lelaki yang bergelar suami dan bapa kepada anaknya.

"Saya akui bukan mudah hidup sendiri ni. Lebih sukar apabila saya terpaksa membesarkan anak saya sendiri tanpa panduan seorang suami atau bapanya. Namun saya ambil ini sebagai cabaran hidup saya," ujar Nordiana dipetik sebagai berkata





         ________________________




No comments: