Pengarah filem Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, dilaporkan bakal bercerai dengan suaminya, Badaruddin Azmi pada Khamis ini.
Difahamkan, proses perceraian tersebut bakal berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gomak Timur, Keramat.
Erma ketika ditemui media di Istana Budaya berkata yang dia enggan mengulas perkara itu sebaliknya meminta agar pihak media tidak mempercayai gosip berkenaan.
Klik gambar untuk size besar
Dalam pada itu, Erma tidak menafikan yang dia akan berada di mahkamah pada Khamis.
"Kita jumpa esok (Khamis). Kalau ada esok… adalah," ujar Erma ringkas.
Untuk rekod, Erma dan Bade bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain, 9.
Bagaimanapun Bade telah berkahwin lagi satu dengan seorang wanita bernama Aida Abdul yang berasal dari Pahang.
Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki pada hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam bulan.
Sumber: mStar
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment