11 June 2015

TUNAI HASRAT IBU - JOHAN AS'ARI DALAMI ILMU AL-QURAN SELAMA 4 BULAN DI INDIA



Johan As’ari akan berangkat ke India bersama rakan-rakan pada minggu hadapan untuk mendalami ilmu Al-Quran selama 4 bulan.

Keputusan ini dilakukan demi menunaikan pesanan arwah ibunya. Johan ke sana bukan hanya mendalami ilmu Al-Quran sahaja, dia juga ingin mempertingkatkan ilmu hafazan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam pada itu, Johan juga bakal berpuasa dan menyambut Syawal di India.

Klik gambar untuk size besar




"Insya Allah selepas segala urusan kerja yang tertangguh selesai, saya akan berangkat ke sana secepat mungkin. Sekarang saya perlu melunaskan tanggungjawab untuk satu fotografi filem Juvana 2 dan 3, kemudian baru boleh berangkat ke India. Saya akan menghabiskan masa selama 4 bulan di India, sekaligus mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah.

"Sebenarnya saya telah lama menanam azam untuk ke sana, namun ekoran berdepan dengan tanggungjawab kerja, hasrat itu terpaksa ditangguhkan. Tambahan arwah ibu sendiri pernah menyuarakan hasratnya untuk saya memperbaiki ilmu hafazan kerana telah lama ditinggalkan. Disebabkan itu, saya nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia demi mengejar ilmu di sana.

"Saya akan berangkat ke India secara berkumpulan iaitu seramai tujuh hingga lapan orang. Di sana sudah ada rakan yang menunggu kami. Seorang daripada kami akan dilantik selaku ketua rombongan," ujar Johan dipetik sebagai berkata.







         ________________________




No comments: