16 June 2015

ISTERI SELAMAT BERSALIN - SAFEE SALI DIKURNIA ANAK PEREMPUAN



Isteri kepada Safee Sali pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 9.22 pagi semalam di Hospital Colombia Asia, Johor Bahru.

Bayi seberat 2.8kg itu telah diberi nama Sanika Salsabila.

Berita gembira ini telah disampaikan sendiri oleh Safee menerusi laman IGnya pada tengahari semalam.

Klik gambar untuk size besar




"Alhamdulillah.. semua nye selamat.. wife saya melahirkan seorang bayi perempuan.. tiada apa yang lebih bermakna dalam dunia jika kita bersama keluarga yang sudah sempurna..," tulis Safee di laman IGnya.

Untuk rekod, Safee telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Sasha pada 21 Disember 2013.

Sebelum Sasha, Safee pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012 dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua orang anak.

Tahniah diucapkan!



Foto: IG Safee Sali



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...