14 June 2015

JUARA 'PELAMIN FANTASIA' SELAMAT NIKAH



Dengan hanya sekali lafaz, pasangan juara program Pelamin Fantasia, Muhammad Syawaluddin Ghazali, 26, dan Norafiqah Ma Hassan, 24, sah bergelar suami isteri sekitar jam 9.35 malam semalam yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Mereka dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Pernikahan, perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Haji Aluwi Parman berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Ma Hassan Ismail.





Dalam majlis itu, Fiqa yang juga seorang gadis istimewa dengan masalah pendengaran telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas rantai.

Pihak lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran dan dibalas jumlah yang sama dari pihak perempuan.

Antara barangan yang diserahkan termasuk sejadah, sepersalinan pakaian, beg tangan, kasut, produk D'Nars, minyak wangi, telekung, manisan dan Al Quran.



Majlis bertemakan 'Modern Garden Wedding' bernilai RM100,000 itu merupakan hadiah sumbangan Astro selepas menjuarai program berkenaan.

Majlis yang disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Maya HD itu dihoskan oleh Faizal Ismail dan Raja Azura.



Klik link dibawah ini untuk tonton video

VIDEO

Sumber: mStar

Video: Syawal Fiqa - Pelamin Fantasia Facebook



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...