17 June 2015

KERETA DIPANDU TERBAKAR - VANIDAH IMRAN TERSELAMAT



Malang tak berbau!

Itulah yang boleh diungkapkan buat Vanidah Imran apabila dia terbabit dalam kemalangan di Sungai Besi, awal pagi tadi.

Kereta Mini Cooper yang dipandunya dikatakan tiba-tiba terbakar, Vanidah bagamanapun terselamat daripada nahas tersebut.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Rashidi Ishak, isterinya terbabit dengan nahas kira-kira jam 3 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari penggambaran drama di Serdang.

"Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar," ujar Rashidi dipetik sebagai berkata.

Tambah Rashidi, isterinya sendiri tidak sedar kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar. Sejurus dihubungi isterinya, dia bergegas ke tempat kejadian.

"Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong," jelasnya.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...