12 June 2015

KES CERAI: BADE TIDAK HADIRKAN DIRI DI MAHKAMAH - ERMA FATIMA BERI NOTIS AMARAN



Pengarah filem Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, dibenarkan mengeluarkan notis amaran terhadap suaminya, Badaruddin Azmie, 51, oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas suaminya itu gagal menghadirkan diri pada sebutan pertama kes perceraian mereka pada Khamis.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membuat keputusan itu selepas Bade gagal menghadirkan diri tanpa mengemukakan alasan kukuh kepada mahkamah.

Klik gambar untuk size besar




Terdahulu, peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman yang mewakili Erma selaku plaintif kes berkenaan memberitahu mahkamah pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada defendan pada 19 Mei lalu.

Kes berkenaan yang difailkan pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Erma yang hadir lengkap berjubah hitam dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung.



Bagaimanapun, usaha pihak media untuk menemu bualnya gagal selepas dia enggan menjawab sebarang soalan dan segera meninggalkan perkarangan mahkamah.

Erma sebelum ini pernah memberi kenyataan kepada media yang dia tiada masalah untuk hidup bermadu.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 10 Ogos depan.



Sumber: mStar



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...