05 June 2015

LEPAS ERRA FAZIRA, KINI AMY MASTURA PULA BERHIJAB



Nampaknya industri hiburan negara kita mula mengalami beberapa perubahan drastik yang amat baik. Selepas Erra Fazira berhijab, terkini mengikut jejak langkah rakan artis yang lain ialah Amy Mastura.

Untuk info, imej baru Amy itu telah dimuatnaik di laman Instagram jurusolek selebriti iaitu Alha Alfa petang kelmarin. Waahhh... makin jelita penyanyi kecil molek ini bila bertudung.

"Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim.

Klik gambar untuk size besar




"Ikutkan saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal.

"Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada BH Online.

Alhamdulillah dan Syabas buat Amy!





         ________________________




No comments: