21 June 2015

RAFIDAH IBRAHIM AKUI SEDANG MENGENALI HATI BUDI SYAH ISKANDAR



Baru-baru ini, Rafidah Ibrahim mengakui dirinya sedang mengenali hati budi Syah Iskandar sambil menyifatkan lelaki tersebut sebagai satu-satunya jejaka yang paling rapat dengannya setakat ini.

Keakraban diantara mereka mula terjalin sejak awal tahun 2015 selepas beberapa kali bekerjasama dalam beberapa buah drama. Walaubagaimanapun, Fida menjelaskan hubungan mereka belum sampai ke satu tahap yang lebih serius lagi.

Klik gambar untuk size besar




"Sebenarnya kami sudah kenal sejak dua tahun lepas iaitu selepas beberapa kali berlakon dalam siri yang sama. Cuma baru awal tahun ini sahaja kami mula rapat. Namun kami belum ke arah hubungan yang serius setakat ini. Biarlah kami berkawan dahulu," ujar Fida dipetik sebagai berkata.

Menurut Fida, dia tidak mahu cerita mengenai hubungannya bersama Syah Iskandar disensasikan kerana belajar daripada pengalaman cinta sebelum ini yang berhenti di tengah jalan.

"Setelah beberapa kali gagal dalam percintaan, saya kini serik untuk beritahu dengan siapa saya berkawan kerana takut ianya tidak menjadi. Pun begitu, saya sendiri tidak takut untuk terus mencuba mencari pasangan yang sesuai dan mencuba dalam perhubungan, asalkan ianya dalam batasan," jelasnya.





         ________________________




No comments: