Rumah keluarga kumpulan Zero yang terletak di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar dipercayai akibat litar pintas.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari kelmarin itu telah mengorbankan 69 buah rumah lain yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.
"Kami anggap ini dugaan sebelum Ramadan. Kami reda dan pastinya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Yang penting ibu dan empat lagi adik beradik kami terselamat daripada malapetaka ini. Penduduk kampung semua yang menjadi mangsa kebakaran ditempatkan di dewan serbaguna kampung itu buat sementara waktu.
Klik gambar untuk size besar
"Kami juga akan tinggal di kampung ini untuk tempoh tertentu. Asalnya mahu pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan tetapi kejadian ini mengubah perancangan asal.
"Kami juga sudah maklumkan kepada pihak yang sudah mendapatkan kami lebih awal untuk komitmen Ramadan nanti dan atas budi bicara mereka membenarkan kami memberi tumpuan kepada apa yang terjadi di kampung dahulu," ujar Atu Zero dipetik sebagai berkata.
Menurut Atu, ketika kebakaran, ibunya (Musahpun Andis) sedang memasak untuk membuat persediaan kenduri tahlil arwah ayah.
"Memang keluarga saya tak dapat menyelamatkan banyak barang kerana api marak dengan pantas. Mereka hanya sekadar menyelamatkan dokumen penting sahaja," jelasnya.
Bagi yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6.
Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-721 0491.
Sumber: BH
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment