03 June 2015

RUMAH TANGGA DIGANGGU ORANG KETIGA - SHARIFAH SHAHORA KINI 'MELETOP'



Siapa sangka rumah tangga Sharifah Shahora bersama pengarah sinematografi dan jurukamera, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin mula berantakan akibat diganggu oleh orang ketiga yang dikenali dengan nama @madeyanie di laman sosial.

Menurut Shahora, dia tidak lagi mampu mengawal kesabarannya lagi kerana amaran sudah diberikan kepada wanita berkenaan.

"Sudah lama saya sedar perkara ini tapi saya cuba kawal diri. Tapi kali ini saya tewas kerana perasan saya seperti dihentak-hentak. Saya tak mampu menyembunyikan apa yang terpendam lagi selama ini. Wanita itu memang tahu saya sedar permainannya, tapi tetap terus mengganggu rumah tangga kami.

Klik gambar untuk sze besar




"Saya cuba menghubunginya tetapi dia tutup telefon bimbitnya. Malahan baru-baru ini dia sudah sekat akses saya di laman Twitter. Nampak dia memang pengecut. Kalau berani, kenapa buat semua itu," ujar Shahora dipetik sebagai berkata.

Tambah Shahora, buat masa ini dia enggan membuat sebarang kesimpulan lanjut dan ingin melihat sejauh mana wanita itu menganggu rumah tangganya.

"Terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Saya tengah melihat perkembangan seterusnya apa yang wanita itu boleh dan akan lakukan pula. Amaran seperti saya katakan tadi sudah diberikan sejak tiga bulan supaya berhenti mengganggu suami saya. Saya dapat tahu, wanita ini mengajar suami saya untuk mengingati dan menyimpan nombor telefonnya menerusi memori otak.

"Wanita itu siap ajar suami saya untuk memadamkan mesej dan bukti perbualan mereka di telefon bimbit setiap kali berkomunikasi. Saya tahu setiap hari, dia akan hantar mesej bernada manja kepada suami.

"Tak tahulah apa tindakannya nanti selepas tahu saya sudah 'meletop'. Saya juga sampai satu tahap menghantar mesej kepadanya baik-baik dengan menyuruh dia kahwin sahaja dengan suami jika inilah gayanya," jelasnya.

Untuk rekod, Shahora dan Raja Mukhir mendirikan rumah tangga mereka pada 26 Oktober 2008 dan belum dikurniakan anak. Mereka kini membela dua anak angkat yang bernama Puteri Fiedra dan Puteri Fiezreen.

Foto & info: BH Online



         ________________________




No comments: